Thursday, September 4, 2008

Pelancaran Kamus Quran



Baru-baru ini kamus al-Quran yang akan diterbitkan oleh PTS Islamik telah dilancarkan oleh YB Dato Zahid Hamidi. Majlis ini mengambil sempena perasmian Seminar Warisan al-Quran dan al-Hadith Nusantara yang dianjurkan oleh Akedemi Pengajian Islam, Universiti Malaya.


Ini adalah kamus al-Quran yang pertama diterbitkan di Malaysia sebagai karya asli. Projek penulisan kamus setebal 800 halaman ini mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

Kamus ini ditulis oleh kumpulan panel yang diketuai oleh Professor Zulkifli Mohd Yusof sebagai penyumbang terbesar. Professor Zulkifli adalah penulis buku bestseller 'Biografi Muhammad

bin Abdullah' terbitan PTS Islamika yang sudah diulang cetak lebih empat kali. Beberapa buku beliau yang lain juga dijangka akan terbit dalam bulan Oktober dan November 2008.

Dalam majlis ini, PTS diwakili oleh En Arief (Pengarah Urusan Kumpulan PTS) dan En Faris (Pengurus PTS Islamika).

Ketika majlis pelancaran, seorang pensyarah kanan API, UM, ini berbisik kepada wakil PTS: "Sekarang ini PTS disenaraikan sebagai antara penerbit yang diiktiraf dan berkredibiliti oleh API, UM".

Alhamudlillah, satu lagi berita yang baik. Terima kasih kepada pihak API UM yang memberi penghormatan kepada PTS untuk menerbitkan karya ini dan atas pengiktirafan yang diberikan.
PTS Islamika menganggap penerbitan karya ini adalah sebagai satu penghormatan dalam usaha menerbitkan lebih banyak karya Islam yang berkualiti.

Terima kasih juga kepada Prof Zulkifli dan kumpulan penulis kamus ini atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan dalam proses menghasilakan karya ini.

Kamus al-Quran kini sedang dalam proses penyuntingan dan insya'Allah berada di pasaran penghujung bulan Disember 2008 atau awal Januari 2009.



0 komentar: