Bible menyebut, “Berikan kepada raja-raja apa yang menjadi milik raja dan berikan kepada Tuhan apa yang menjadi milik Tuhan.”

Akibatnya, prinsip itu menyempitkan agama dengan pemerintahan negara. Antara faktor terbesar adalah doktrin-doktrin sekular yang memisahkan undang-undang dengan agama.

Ideologi yang memisahkan agama dan urusan dunia semakin menular sehingga Islam hanya dianggap sebagai agama ritual. Benarkah Islam hanya mengutamakan ibadat semata-mata tanpa mementingkan urusan dunia seperti pemerintahan negara? Benarkah Islam menindas hak bukan Islam dalam pemerintahannya?

Buku ‘Bagaimana Islam Memerintah Negara’ mengupas secara jelas konsep dan bagaiaman aplikasi Islam mentadbir dan mengurus negara berlandaskan prinsip keadilan, kebebasan dan mengutamakan kesejahteraan. Buku ini juga menjawab tohmahan sekular yang mengatakan Islam memerintah secara zalim, menindas orang bukan Islam dan tidak membawa kemajuan.

Artikel Penuh......
Wednesday, August 12, 2009

Bengkel Penulisan di USIM

Pada 11 Ogos yang lalu, PTS ISLAMIKA berpeluang mengadakan Bengkel Penulisan di Universiti Sains Islam Malaysia anjuran Unit Kaunseling dan Pembangunan Sahsiah HEP dengan kerjasama Majlis Perwakilan pelajar USIM.

Seramai 80 orang peserta mengikuti program ini yang dihadiri oleh mahasiswa, tutor dan pensyarah. Sebanyak 6 sesi ceramah disampaikan iaitu Undang-Undang Hak Cipta, Memilih penerbit yang betul, Teknik Penulisan KJ Metod, Merendahkan Indeks Kabus oleh Tuan Haji Faris Hasbullah. Penulisan Buku Kanak-Kanak oleh Cik Asyuura dan Projek Kilat oleh En Imran Azmi.


Semoga akan muncul lebih ramai penulis-penulis prolifik dari USIM seperti Dr Zulkifli AlBakri, Ustazah Nik Salida Suhaila, Dr Rumaizuddin dan ramai lagi.

Artikel Penuh......

Sebuah produk iman daripada PTS ISLAMIKA berjudul Berubat dengan Solat. Buku ini membincangkan hikmah Solat dan Kaitkannya dengan kesihatan berdasarkan dalail Al Quran dan Hadis.

Allah berkata “Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.” (Surah al-Baqarah : ayat 153).

Rasulullah berpesan “Berdiri dan solatlah kerana di dalam solat ada ubat.” (Hadis Imam Ahmad)

Fakta ilmiah ini menjadi titik persoalan kajian kepada buku ini. Adakah benar solat terbukti sebagai terapi menurut kajian zaman ini? Adakah benar solat boleh menjadi ubat kepada penyakit? Bagaimana terapi solat dilihat daripada kaca mata ahli perubatan?


Kesihatan yang baik sama ada jasmani ataupun rohani adalah impian setiap individu. Ramai yang rela mengorbankan harta dan wang ringgit semata-mata bagi mendapatkan kesihatan yang baik. Kesihatan dapat diperoleh daripada aktiviti bersenam, mengamalkan gizi seimbang dan mengikuti nasihat doktor. Namun, sedarkah kita, solat juga dapat menjadi ubat bagi penyakit fizikal dan mental.

Buku ini memaparkan pelbagai manfaat solat terutamanya daripada aspek kesihatan jasmani mahupun rohani. Kelebihan solat sebagai penawar bermula dari wuduk hingga salam. Di dalamnya terkandung 1001 rahsia terapi pelbagai penyakit jasmani mahupun rohani.

Artikel Penuh......

MARANG, 7 Julai (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang telah melancarkan sebuah buku tulisan terbarunya bertajuk 'Islam Adil Untuk Semua'.

Katanya, keadilan mengikut tafsiran demokrasi Barat tidak lengkap dan menyeluruh kerana dikongkong perasaan perkauman, bangsa, pengaruh harta, pangkat dan monopoli politik.

"Islam tampil menjadi penyelamat serta pelindung dalam menjaga keadilan, kebebasan dan hak semua manusia tanpa menafikan prinsip demokrasi.

"Orientalis barat Snouck Hurgronje mengungkapkan 'Yang wajib ditakuti oleh pemerintah Barat bukanlah Islam sebagai agama, tetapi Islam sebagai doktrin politik'", jelasnya.

ImageKata Ustaz Abdul Hadi, kesannya Islam difitnah sebagai agama kolot, menindas, merendahkan hak wanita, melaksanakan undang-undang rimba dan monopoli harta.

Intisari buku tersebut bagi mengupas secara jelas konsep dan aplikasi Islam menjaga dan memelihara keadilan kepada semua kelompok masyarakat tanpa mengira banagsa dan agama.

Ianya, ,merangkumi pentadbiran politik, transaksi ekonomi, kesaksamaan sistem kehakiman, hak keadilan wanita dan orang bukan Islam.

Bahkan, buku ini juga menjelaskan asas-asas adil dalam Islam dan falsafah serta prinsip keadilan Islam secara mudah dan terperinci.

Beliau melancarkan buku tersebut pada satu majlis Ceramah Perdana yang disaksikan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad di pekarangan Masjid Rusila, Marang, semalam. - mks. _

Artikel Penuh......
Friday, July 3, 2009

Mengekspres vs Mengimpres

Apabila menulis buku, tujuan utama adalah menyampaikan idea atau mesej penulis kepada pembaca. Justeru, penting supaya pembaca dapat memahami apa yang ditulis atau yang ingin disampaikan kepada pembaca.


Kendatipun begitu, acap kali apabila membaca sesuatu karya terutama yang berunsur ilmu, pembaca sukar memahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Bahasa yang ditulis berbelit-belit, istilah-istilah yang asing, ayat yang meleret-leret panjang tanpa noktah, logik yang tidak mengikut urutan dan sebagainya. Hasilnya, apabila mata selesai membaca ayat terakhir di hujung halaman, otak masih terkiyal-kiyal memahami perenggan pertama halaman tersebut.

Oleh yang demikian, pembaca tertanya-tanya, adakah tujuan penulis hendak mengekspres idea atau mengimpres pembaca (membuat pembaca kagum)?

Sebagai contoh, dalam karya agama yang ditulis untuk khalayak umum dari pelbagai latar belakang pendidikan, banyak istilah arab yang digunakan. Misalnya penggunaan perkataan seperti nahdah, gharib, siasah, uswatun hasanah, mashaf, syumul, munaqashah, mubalahah dan sebagainya hanya difahami oleh pembaca yang mempunyai latar belakang pendidikan bahasa arab.

Semakin banyak istilah asing yang digunakan, maka semakin tinggi tahap kesukaran pembaca memahami karya tersebut. Pastinya, matlamat penulis untuk menyampaikan mesej dengan baik tidak tercapai.

Bagi sesetengah penulis, menggunakan banyak istilah Arab menggambarkan dia seorang ahli agama dan arif dengan bahasa Arab. Dia merasa lebih selesa menggunakan istilah yang difahami tanpa berusaha lebih untuk menterjemahkan ayat itu. Tujuannya, ingin memperkenalkan istilah Arab kepada pembaca.

Ada seorang penulis memberi alasan sukar untuk menterjemah, dan kalaupun boleh, dia berasa malu dan tidak selesa sekiranya tidak menggunakan istilah sedemikian. Orang akan beranggapan dia bukan pakar dan tidak mengetahui bahasa Arab. Dalam ertikata lain, orang tidak akan berasa kagum dengannya.


Mungkin untuk karya akademik yang ditujukan kepada cendiakawan Islam, perlu menggunakan istilah Arab bagi menggambarkan latar belakang akademik dan kesarjanaan penulis. Namun, untuk penulisan popular dan karya yang ditujukan kepada masyarakat umum, sikap sedemikian tidak lebih daripada untuk mengimpres pembaca, bukan untuk mengekspres idea.

Akhirnya, jadilah karya agama berlingkar hanya dikalangan pembaca yang mempunyai latar belakang bahasa arab. Pembaca yang bukan dari aliran agama atau bahasa Arab pula semakin jauh daripada karya-karya atau pun majlis agama.

Wallahu'alam
.

Artikel Penuh......
Wednesday, July 1, 2009

Delegasi PTS ke Jakarta

Pada 26-29 Jun 2009 yang lalu, seramai 5 orang wakil PTS ke Pesta Buku Jakarta 2009 yang berlangsung di stadium sukan Jakarta.

Tujuan lawatan adalah untuk melihat trend buku-buku di sana di samping beramah mesra bersama penerbit-penerbit buku dan mengintai peluang melesenkan buku dengan penerbit-penerbit buku Indonesia terutama penerbit-penerbit besar seperti Gramedia,Mizan,Agromedia dan sebagainya.

Artikel Penuh......

Program PTS Islamika sepanjang Read Malaysia 2009

Artikel Penuh......