Bible menyebut, “Berikan kepada raja-raja apa yang menjadi milik raja dan berikan kepada Tuhan apa yang menjadi milik Tuhan.”

Akibatnya, prinsip itu menyempitkan agama dengan pemerintahan negara. Antara faktor terbesar adalah doktrin-doktrin sekular yang memisahkan undang-undang dengan agama.

Ideologi yang memisahkan agama dan urusan dunia semakin menular sehingga Islam hanya dianggap sebagai agama ritual. Benarkah Islam hanya mengutamakan ibadat semata-mata tanpa mementingkan urusan dunia seperti pemerintahan negara? Benarkah Islam menindas hak bukan Islam dalam pemerintahannya?

Buku ‘Bagaimana Islam Memerintah Negara’ mengupas secara jelas konsep dan bagaiaman aplikasi Islam mentadbir dan mengurus negara berlandaskan prinsip keadilan, kebebasan dan mengutamakan kesejahteraan. Buku ini juga menjawab tohmahan sekular yang mengatakan Islam memerintah secara zalim, menindas orang bukan Islam dan tidak membawa kemajuan.

1 komentar:

Assalamu'alaikum,
Buku yang baik tetapi komen harus diberikan terhadap kulit buku ini. Penggunaan gambar burung merpati yang mengepakkan sayap merupakan simbolik kepada Holy Ghost yang biasa digunakan di dalam Kristian. Dalam mana-mana publication Kristian dan pamplet yang disediakan mereka, simbol burung merpati ini menunjukkan bahawa mereka bekerja dan berusaha dibawah naungan wahyu dan diberikan semangat oleh Holy Ghost (Holy Spirit). Supaya buku ini tidak disamaertikan dengan gerakan evangelism Kristian, harap cover buku ini dapat diperbetulkan. Harap pihak tuan dapat memberikan perhatian sewajarnya agar maksud dan tujuan buku ini tidak lari. Sekian, wassalam..

nilea2323@yahoo.com.my