Monday, February 8, 2010

Promosi Maulidur Rasul 1431 H




PTS Publicatons & Distributors Sdn. Bhd dengan bangga melancarkan promosi besar-besaran sempena Maulidur Rasul 1431 H. Berbeza dengan sambutan-sambutan seperti ceramah dan perarakan secara besar-besaran, PTS kali ini mengajak orang ramai mengenali peribadi Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atasnya) serta menghayati perjuangnya sekaligus mencontohi segala amal perbuatan beliau.

PTS menampilkan 9 buku terpilih yang menceritakan mengenai Rasulullah iaitu,

Biografi Muhammad bin Abdullah lengkap dan tersusun jalan ceritanya bermula dari kelahiran Rasulullah, perjalanan hidup beliau hingga wafatnya,

Bukti-Bukti Sains Dan Sejarah Kerasulan Muhammad ditulis oleh penulis yang pakar dalam bidang sains dan padat dengan fakta sejarah.

Muhammad bin Abdullah: Peribadi Seorang Pahlawan menyenaraikan sifat-sifat kepimpinan dan kepahlawanannya dengan gaya bercerita dan santai.

Beriman Kepada Rasul susunan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang yang menjadi modul dalam siri kuliah-kuliah pengajian beliau.

Kenali mereka yang berada di sekeliling Rasulullah semasa hayatnya. Buku Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi menyingkap betapa cintanya kepada Rasulullah mengatasi kekayaan dan darjat keturunannya. Begitu juga Sejarah Khalifah Rasulullah iaitu empat Khulafa ar-Rasyidin yang dibentuk oleh Rasulullah sehingga mewarisi akhlak dan kebijaksanaan memerintah.

Bagi pembaca yang menjadikan Rasulullah sebagai model contoh dalam kehidupannya, buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah mendedahkan tip dan petua buat sang isteri memikat suami seperti Khadijah. Cinta Rasulullah pada Khadijah tidak pernah luput biarpun Khadijah meninggal dunia lebih dahulu daripadanya.

365 Tip Sihat Gaya Rasulullah mendedahkan rahsia bagaimana Rasulullah sihat dan tidak pernah ditimpa sakit sehingga menjejak usia 62. Ketahui tip-tip kesihatan dan cara pemakanan Rasulullah yang terdiri daripada bahan semula jadi.

Bagi usahawan yang mahu berjaya dalam bisnes, Jejak Bisnes Rasul adalah satu-satunya buku yang menerangkan strategi bisnes ala Sun Tzu dalam buku terkenalnya The Art of War.

Dapatkan tawaran yang menarik khas sempena Maulidur Rasul 1431 H bermula dari 1 hingga 28 Februari 2010. Untuk maklumat lanjut, layari www.pts.com.my/maulud, teristimewa daripada PTS kepada pembaca.

0 komentar: