Buku Haji Muda ini masuk ke stor pagi tadi. Buku yang ditunggu-tunggu ramai. Buku ini adalah kembar kepada Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman. Maknanya, sesiapa yang membaca buku ini perlu juga membaca buku Travelog Haji, baru benar-benar dapat menghayati dan menginsafi kisah-kisahnya.
Buku ini bukan sahaja dinanti-nantikan oleh penulis, rakan-rakan dan peminat beliau dengan penuh debaran. Malah editorial Islamika juga berdebar-debar. Tidak sabar melihat melihat buku ini dalam dunia nyata. Bagaimana hasil dan sambutan terhadapnya. Terutama sekali hasil desain kulit buku ini.
Sebenarnya kulit buku ini adalah antara yang paling cerewet dan rencah membuatnya. Nampak mudah, tetapi untuk mendapatkan konsep buku ini sahaja memakan masa dan termasuk yang ini sudah empat kali kulit buku ini diubah. Kulit buku ini sebenarnya memakan masa lebih dua minggu untuk visualisasikan!
Cabaran pertama editorial adalah mencari model. Tidak ada seorang pun model dan staf PTS yang sanggup menjadi model buku ini. Oleh kerana kesuntukan masa, editor Islamika, Tuan Imran menawarkan diri (paksa rela). Beberapa pos istimewa Tuan Imran diambil dan cuba disesuaikan dengan kulit buku ini.
Cabaran seterusnya adalah menvisualisasi konsep kulit. Pening juga.
Apabila konsep dan contoh kulit dipamerkan kepada tim PTS dan di UNIKA, majoriti tidak setuju dengan konsep kulit. Wajah kacak dan syahdu Tuan Imran tidak mampu memikat hati orang ramai. Walaupun setelah beberapa kali posing dan gaya Imran ditukar. Ada staf perempuan yang tidak sanggup melihat kulit buku ini, katanya Tuan Imran kelihatan seksi!
Pengarah Grafik PTS, Tuan Hisham, kemudiannya cuba menukar kepada konsep yang lebih tradisional. Pun begitu, ramai yang tidak setuju... terlalu klise dengan buku tradisional. Ini bukan kulit PTS!
Proses menghasilkan konsep buku ini agak mecabar. Bagaimanakah untuk menggabungkan konsep ibadah haji dan orang muda?
Konsep ini tidak boleh dilihat terlalu klise dengan buku tradisonal dan membuatkannya tidak seperti kulit buku PTS yang terkenal dengan kulit yang menarik dan moden.
Namun ia juga tidak juga boleh kelihatan terlalu muda fancy, ruggged sehinggakan pembaca buku-buku haji menjauhkan diri daripada buku ini.
Kata En Arief, Pengarah Eksekutif Kumpulan PTS:
"Pembaca buku agama tidak boleh terima design yang fancy.."
Juga pesan Pn Ainon, Chairman PTS kepada tim Islamika:
"Walaupun buku disasarkan kepada orang muda, tetapi ia adalah orang muda yang sembahyangnya sudah lengkap, puasanya sukup, tidak melakukan dosa-dosa besar, pelajaran tinggi dan gajinya banyak, itu sebab mereka mampu naik haji semasa masih muda, maka itu sebab mereka teringin hendak pergi haji...."
Pesanan dan amanat orang besar PTS ini membuatkan konsep asal Haji Muda diubah sama sekali. Model kulit dibuang, dan digantikan dengan gambar Masjidil Haram. Agak klasik sedikit. Kemudian proses kombinasi warna dan lukisan latar supaya ada unsur moden dan muda. Staf daripada Jabatan lain turun memberi ilham dan idea penambahbaikan.
Beberapa percubaan dilakukan. Masih agak klasik, namun bagi menjadikan ia lebih menarik dengan sedikit unsur muda, Tuan Hisham, bergegas keluar ke Giant Hypermarket bagi membeli sehelai kopiah untuk 'disangkutkan' pada judul buku.
Selepas beberapa cubaan desain kulit ditolak (dan meletihkan otak staf grafik), maka inilah hasilnya. Alhamdulillah...
Terima kasih kepada Tuan Hisham, Tuan Imran dan semua terlibat menghasilkan kulit buku ini serta yang tidak jemu memberi maklum balas...
Bagi yang belum membeli buku ini, segera dapatkannya sebelum kehabisan stok.
Dibawah ini adalah sebahagian daripada contoh-contoh kulit Haji Muda.
Categories:
Di sebalik tabir
3 komentar:
Apabila saya melihat Tuan Imran menunjukkan tanda bagus pada kulit buku itu, saya teringat kumpulan haji terdiri daripada kumpulan MLM yang mendapat pakej umrah melalui bonus jualan mereka.
By: Zamri Mohamad on Friday, September 26, 2008 12:24:00 AM
Saudara bukan orang pertama yang berfikir demikian.... hehehe
By: Rislah on Friday, September 26, 2008 10:10:00 AM
Jazakallahu khair kepada tim dan warga PTS yang telah berjaya menghasilkan design dan konsep buku yang menarik. Ramai yang memuji kulit buku ini.
InsyaAllah kita sama-sama usahakan yang terbaik untuk masyarakat.
By: Dr Ridzwan Bakar on Sunday, September 28, 2008 12:04:00 AM
Post a Comment