Tuesday, September 23, 2008

Sudah masuk tetapi sudah habis


Buku ini masuk stor Khamis lepas (18/9/2008). Pagi tadi staf di jabatan jualan maklumkan buku ini perlu diulang cetak.

Saya tanya kenapa? Beliau kata, dalam stor sudah licin. MPH dan Popular Bookstores sudah borong. 'Standing Order' untuk kedai-kedai lain tidak boleh dibuat.

Hemm.. nampaknya kedai-kedai lain perlu tunggu selepas raya baru dapat. Bajet percetakan untuk bulan September sudah habis, perlu tunggu bajet Oktober.

Alhamdulillah, ini yang dikatakan rezeki dari langit yang tidak disangka-sangka.. barakah bulan Ramadan.

Tahniah kepada penulis, Dr Muhd Nurhakim dan tim editorial Islamika, terutamanya Ust Imran yang berhempas pulas 'mencincang' layout buku ini agar menjadi menarik.

Terima kasih kepada Sifu PTS yang memberikan promosi awal untuk kulit buku ini di UNIKA. Untuk makluman, konsep kulit buku tersebut adalah ilham Ust. Imran dan divisualisasikan oleh Pengarah Kreatif PTS, En Hisham.

Wallahu'alam

0 komentar: