YAKJUJ & M
AKJUJ: BENCANA DI SEBALIK GUNUNG
978-967-5137-46-4
Harga: RM31.50
Tebal: 576 Muka surat

Alhamdulillah, segala puji untuk Allah. Buku Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung yang baru sahaja memasuki stor PTS pada 30 Mac 2009 mendapat sambutan di kalangan pengedar di seluruh negara. Antara maklum balas yang diterima daripada pengedar adalah harganya yang murah (sehingga ada yang menawarkan harga RM50 bagi sebuah buku ini) di samping maklumat dan fizikal buku yang menarik. Lebih menarik lagi apabila pemantauan yang dibuat mendapati buku ini adalah antara yang pertama membongkar misteri Yakjuj dan Makjuj daripada sudut agama, kitab-kitab samawi dan fakta-fakta sejarah yang kuat.

Buku Yakjuj & Makjuj adalah hasil tulisan Muhammad Alexander@ Wisnu Sasongko bagi penilaian PhD dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau mendedahkan siapa Yakjuj Makjuj dari sudut pandang al-Quran, Bible, Talmud, Naskah Laut Mati dan karya-karya Flavious Josephus yang hidup pada 1 Masihi. Beliau berjaya membedah kebenaran fakta-fakta bertulis daripada kitab-kitab Bani Israel sehingga mampu menyokong kebenaran al-Quran. Apabila pembaca membaca buku ini, boleh dilihat dengan jelas betapa mukjizat al-Quran begitu tinggi yang tidak terdapat pada kitab-kitab lain.

Buku ini diulang cetak sebanyak 5000 naskah bagi sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 (PBAKL09) dan Pesta Read Malaysia. Penulis Muhammad Alexander akan hadir pada Pesta Read Malaysia pada bulan Mei bagi membentang dan bertemu dengan pembaca di sana.


Keratan akhbar yang pernah mengejutkan orang ramai mengenai penemuan tembok Yakjuj Makjuj. Lokasi yang ditunjukkan adalah sama yang dibincangkan di dalam buku ini.

0 komentar: