Thursday, April 2, 2009

Laporan Sekitar Majlis Maulidur Rasul



KUALA LUMPUR - 21 Mac 2009. Alhamdulillah, majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran Darul Fawwaz ini berjalan lancar dan dalam suasana yang meriah. Semua pelajar dan ibu bapa menghadirkan diri bagi meraikan hari memperingati junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. Antara tentatif program yang diatur adalah khatam al-Quran, kuiz sejarah Islam, pidato dan persembahan nasyid.

Alhamdulillah, ini adalah kali pertama PTSI turun padang menemui peminat buku. Jualan kami mencecah RM 800.00 dalam tempoh 3 jam sahaja. Syukur pada Allah. Buku terlaris pastinya buku penganjur sendiri, Puan@Ustazah Muzayyanah Abdullah iaitu Apa Itu al-Quran, Kelebihan Sembahyang dan Mengharap Kasih Sayang Tuhan). Atas cadangan penulis, buku-buku beliau dijual dengan harga istimewa dan diikat dengan reben. Harga sepatutnya RM21.80. Selepas diskaun hanya RM 15!

Boleh dikatakan buku yang kami bawa adalah terbitan PTSI sendiri 90% dan 10% lagi adalah novel pahlawan Islam terbitan PTS Litera. Namun, sambutan sangat menggalakkan bagi buku siri Young Aisyah, daripada 15 buah, bakinya 2 buah sahaja! Pastinya editor terlibat, Cik Asyuura sangat gembira dan tumpang berbangga....(",) Hinggakan seorang peminat cilik lelaki bersungguh-sungguh membaca selepas membelinya.

Kesimpulannya,memang seronok apabila dapat bertemu dengan pencinta buku dan peminat cilik ini. Gembira melihat keletah mereka berebut-rebut membelek buku, meminta diskaun dan beramah mesra dengan kami.

Insya-Allah, kami akan menyertai lagi aktiviti-aktiviti seumpama ini pada masa akan datang. Kepada penulis-penulis dan sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat kami untuk membuka meja jualan dan pameran, sila maklumkan kepada pihak kami dan berhubung terus dengan Cik Firdaus Tahir di talian 016-6611542.

0 komentar: