Terdapat ramai penulis baru yang mahu berjinak-jinak dengan dunia penulisan tetapi tidak tahu bagaimana mahu memulakan langkah pertama. Jika anda tergolong dalam kelompok ini, di sini penyelesaiannya.
MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN
Apa yang perlu ada dalam kertas cadangan anda?
Judul buku
Ringkasan buku
Rangka kandungan
Analisa pasaran
Persaingan
Promosi
Faedah buku kepada pembaca
Penyerahan manuskrip
Bab contoh
Butir-butir diri
1. JUDUL BUKU
Judul utama (6-7 patah perkataan)
Untuk penerangan lanjut kepada judul utama, judul kecil boleh ditambah.
Judul perlu mudah difahami dan elakkan mengguna perkataan negatif & provokatif.
Judul dapat memberi gambaran buku tersebut ke dalam minda pembeli dan boleh mendorongnya membeli.
2. LATAR BELAKANG BUKU
Sediakan ringkasan buku (sinopsis).
Anggaran muka surat buku anda (langkau dua baris/double spacing).
Adakah buku anda mempunyai sebarang ilustrasi, gambar atau rajah?
Bagaimana perancangan anda untuk menulis?
Kenapa anda adalah orang yang terbaik untuk menulis buku tersebut?
3. RANGKA KANDUNGAN
Sediakan rangka kandungan buku anda (senarai cadangan bab).
4. ANALISA PASARAN
Siapakah yang akan membeli dan membaca buku anda?
Berapa ramai yang memerlukan buku anda?
Dimana boleh dipasarkan buku anda?
5. PERSAINGAN
Berapa banyak buku di pasaran (dalam bahasa Melayu) yang sama dengan buku yang bakal anda tulis? (senaraikan 3-6 judul jika ada)
Bagaimanakah jualan buku-buku tersebut?
Apakah kelebihan buku anda jika dibandingkan dengan buku lain yang sedia ada?
6. PROMOSI
Apakah yang boleh anda lakukan untuk membantu menjual buku anda?
Contoh:
Sekiranya anda seorang penceramah/jurulatih, berapa banyak ceramah/ bengkel dalam setahun yang anda kendalikan dan berapa banyak buku boleh dijual.
Sekiranya anda mengenali individu / pertubuhan (network) yang boleh membantu menjual buku anda, sila senaraikan.
Sekiranya anda seorang pensyarah dan mengajar subjek yang berkaitan dengan buku yang ditulis, berapa ramai pelajar dalam satu semester yang perlu membeli buku tersebut.
Anda mungkin mempunyai idea-idea menarik bagaimana meningkat jualan buku anda. Contohnya, mengadakan peraduan yang berkaitan, mempengaruhi syarikat-syarikat besar untuk membeli buku anda sebagai hadiah kepada pekerja atau pelanggan dan sebagainya. Sila nyatakan.
7. FAEDAH BUKU KEPADA PEMBACA
Nyatakan faedah buku anda kepada pembaca.
8. PENYERAHAN MANUSKRIP
Berikan tarikh akhir manuskrip boleh diserah kepada Penerbit.
9. BAB CONTOH (jika ada)
Sertakan satu bab contoh (lebih kurang 20-30 muka surat/ langkau dua baris) untuk tujuan penilaian.
10. BUTIR-BUTIR DIRI
Sertakan butir-butir diri merangkumi nama penuh, latar belakang pendidikan, tempat bertugas, telefon pejabat, rumah, H/P, Emel, buku-buku yang pernah ditulis (jika ada)
0 komentar:
Post a Comment