Kini, harga kertas meningkat 10 hingga 40 peratus seiring dengan harga minyak dunia yang mencecah USD144 setong. Walau bagaimanapun, PTS Islamika serta anak syarikat yang lain memutuskan tidak akan menaikkan harga buku. Sehubungan itu, warga kerja PTS Islamika lebih mengoptimumkan pengeluaran buku mengikut jadual sedia ada di samping menumpukan buku yang lebih mesra pembaca. Pemilihan judul juga bertambah ketat. Sekiranya dahulu, penerbitan buku lebih kepada 'tangkap muat,' kini pemilihan judul perlu lebih selektif.

Para penulis dinasihatkan supaya lebih berhati-hati memilih judul yang hendak ditulis. Utamakan judul-judul yang menjadi keutamaan pembaca serta menepati kehendak pasaran semasa. Memilih judul utama tidak bermaksud menulis kembali perkara asas yang sudah berada di pasaran. Mungkin penulis boleh memberikan topik yang asas dengan cara olahan yang baru. Bulan ini, warga kerja PTS Islamika terkial-kial menghafal formula baru yang diberikan oleh pihak pengurusan. Namun, ia pengalaman yang menarik bagi warga kerja Islamika kerana ia membuka minda bagi melihat realiti dan mencari solusi yang tepat dan berkesan.

0 komentar: