PTS Islamika sedang mencari penulis buku-buku kanak-kanak dan remaja untuk kategori seperti berikut:
Remaja dalam lingkungan usia 16-18 tahun
Awal Remaja dalam lingkungan usia 10-15 tahun
Kanak-kanak dalam lingkungan usia 7-9 tahun
Matlamat:
Menerangkan Islam dan segala yang berkaitan dengannya kepada golongan kanak-kanak dan remaja, dengan persembahan menarik, moden dan mudah dibaca tanpa unsur berceramah, 'mengajar-ngajar' atau 'menggurui'.
Konsep dan Bidang Penulisan:
A. Koleksi Cerita-cerita
Nabi-nabi terdahulu – kisah dari sumber yang jelas dan otoritatif tanpa unsur Israeliyat yang mendalam.
Rasulullah – kisah-kisah berkaitan nabi Muhammad
Sahabat – kisah sejarah, kepahlawanan, peribadi yang berkaitan dengan sahabat
Sejarah empayar-empayar Islam – kisah-kisah ketokohan, kepahlawanan Islam
Kisah Teladan – kisah-kisah yang teladan yang berrkaitan dengan tokoh sufi, salafussoleh dalam sejarah Islam.
B. Novel
Sejarah – novel yang bertemakan tokoh-tokoh Islam. Watak Utama adalah tokoh sejarah tersebut.
Fiksyen Sejarah – novel fiksyen yang berlatar belakang zaman sejarah Islam. Contohnya, kisah fiksyen yang berlatar belakang zaman pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz. Watak utama adalah rekaan yang hidup dalam zaman dan tokoh sejarah. Watak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan peristiwa sejarah zaman itu seperti dalam peperangan, pemberotakan, sebagai pekerja di istana khalifah dan sebagainya
Kontemporari – novel remaja dan kanak-kanak yang mengajar prinsip Islam, membetulkan konsep tauhid, dakwah amar makruf dan nahi mungkar.
C. Pendidikan Islam
Menerangkan ilmu-ilmu dan ajaran Islam dengan mudah, moden, untuk pembaca yang tidak ada latarbelakang sekolah atau aliran agama.
Bagaimana melaksanakan ibadah dalam bentuk yang mudah dan praktis untuk remaja
Menceritakan tentang keindahan Islam dalam segala aspek ajarannya (tahuid, akhlak, ibadah, peraturan dan sebagainya)
Buku yang mengajak pembaca kembali dan cinta kepada gaya hidup, jalan dan ajaran Islam.
Mendekati Allah
Mencintai Rasulullah, sahabat, dalam kehidupan.
Menerangakan konsep Tauhid dengan mudah dan ringkas
Penulis yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut, menyumbang karya, menghantar cadangan sama ada dalam mana-mana kategori diatas boleh menghubungi editor : Cik Asyuura Jalaludin melalui Emel: asyuura@pts.com.my atau HP 016-6612014.
Categories:
Pengumuman
3 komentar:
Akhi Abu Marwan/ Sales Team PTS,
Kita hendaklah yakin dengan apa yang diusahakan. Medan da'wah ustaz tersebut tidak sama dengan medan da'wah kita, tapi masing2 mempunyai mission tersendiri. Anda, SifuPTS dan warga PTS hendaklah yakin dengan pilihan jalan anda. Di mana perlu kita cari sinergi. Moga Allah memudahkan urusan kita.
ridzwan-bakar.blogspot.com
By: Dr Ridzwan Bakar on Sunday, July 13, 2008 8:15:00 PM
Terima kasih atas sokongan tuan. Semoga Allah memerbkati dan memudahkan kerja kita semua.
By: Rislah on Monday, July 14, 2008 11:17:00 AM
Assalamualaikum w.b.t...
nak tanya, boleh lagi ke nak hantar novel untuk kategori young islamika?
By: Unknown on Thursday, February 18, 2016 10:30:00 AM
Post a Comment