Siapakah sasaran utama pembaca buku Islamika?
Sasaran utama sebahagian besar buku-buku Islamika adalah kelompok yang jahil agama Islam. Dalam dunia buku, ia ibarat menerbitkan buku-buku siri 'Dummies'.
Buku untuk si jahil Islam bermaksud, mereka yang tidak ada pendidikan agama Islam, tidak pandai membaca teks Arab dan tidak pernah atau baru membaca buku-buku agama.
Ciri-ciri asas kelompok ini adalah:
1) Tidak tahu (faham) Islam
2) Tidak tahu perkataan pinjaman Arab dalam Bahasa Melayu
3) Tidak tahu (membaca) huruf Arab
Secara psikloginya pula, pembaca dari kelompok ini mempunyai ciri-ciri berikut:
1) Orang yang terpelajar.
Pembaca buku, khususnya buku-buku ilmu adalah orang terpelajar yang berilmu, meminati ilmu dan sentiasa dahagakan ilmu. Walaupun mereka mungkin tidak ada kelulusan tinggi, namun, mereka adalah seorang berilmu.
2) Orang yang kritikal.
Buku adalah produk orang yang berfikir secara kritikal. Orang yang membaca dan berilmu adalah bebas menerima apa-apa yang mereka mahukan dan menolak apa-apa yang mereka tidak mahu dan setuju. Mereka tidak suka diajar-ajar (digurui) paksa-paksa. Mereka lebih suka untuk ditunjukkan (showing) daripada diberitahu (telling).
Sebagai contoh bagi menujukkan keagungan atau kemuliaan seorang tokoh, perlu diberikan fakta-fakta yang menggambarkan tokoh tersebut sebagai bukti dia melakukan sesuatu dilihat sebagai mulia, agung dan sebagainya, bukan sekadar memuji-muji sahaja. Ini ibarat memaksa pembaca menerima emosi atau apa yang hendak penulis katakan tanpa sebarang bukti.
Buku untuk kelompok ini juga tidak menyertakan teks Quran. Sebaliknya digantikan dengan terjemahan teks itu dan huraiannya.
Perkataan atau sebarang jargon Arab yang hanya difahami oleh mereka yang pandai Islam, diterjemahkan ke Bahasa Melayu sebaik mungkin. Bagi perkataan yang tidak boleh atau tidak ada dalam Bahasa Melayu, penulis perlu memberi makna perkataan atau glossari.
Selain itu, struktur ayat dan gaya bahasa (uslub) yang berunsur arab dan kitab lama yang lazimnya mempengaruhi penulisan buku-buku agama, diolah menjadi gaya Bahasa Melayu moden.
Desain aturhuruf dan kulit buku pula dipersembahkan dalam bentuk moden serta mesra pembaca kelompok ini.
Ini adalah sebahagian daripada usaha tim Islamika menjadikan buku-buku agama tempatan lebih diminati, mudah difahami dan yang utama, ajaran serta maklumat tentang Islam dapat disebarkan dengan meluas khusus kepada kelompok yang jauh daripada ilmu-ilmu dan kehidupan Islam.
Kebanyakkan judul-judul buku Islamika adalah berbentuk asas dan memberi penerangan serta kefahaman tentang ajaran Islam kepada mereka. Apabila kelompok ini boleh memahami ajaran Islam dan hendak mendapatkan ilmu yang lebih tinggi (advance) mereka boleh mendapatkannya dalam pasaran daripada penerbit lain yang khusus menerbitkan bahan-bahan sedemikian.
Wallahu'alam
Categories:
Soalan Lazim
0 komentar:
Post a Comment