Friday, July 11, 2008

Buku Terbaru Hari Ini


11 Julai 2008, Batu Caves- Ramadan: Tetamu Yang Dirindui, buku yang dinanti-nantikan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia, akhirnya sampai ke stor PTS di Batu Caves hari ini. Setelah hampir setahun diterbitkan, buku ini masih lagi mendapat permintaan yang tinggi.

Tahun lalu, buku ini tiba agak lewat ke pasaran iaitu ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa bulan Ramadan. Namun, permintaan tetap tinggi di kalangan pembaca kerana ia adalah hasil tulisan terbaru Tuan Guru Abdul Hadi Awang hingga ada permintaan ulang cetak. Tetapi, pihak pengurusan tidak meluluskan permintaan ini disebabkan beberapa faktor pasaran yang dijangka agak lembab selepas bulan itu.

Akhirnya, pada tahun ini, PTS Islamika menerbitkan semula bahan bacaan ringan ini dengan sedikit penambahan isi dan juga book plus untuk pembeli buku edisi ini.

Apa yang menarik?

  • Muat turun wallpaper penulis sebagai penghias telefon bimbit. (Caj RM3.00)
  • Muat turun bacaan doa oleh penulis. (Caj RM4.00)
Oleh itu, jangan berlengah lagi! Dapatkan edisi terbaru ini di kedai-kedai terpilih berhampiran anda atau tempah sahaja di bookcafe kami! Semoga menjadi bekalan untuk kita mempersiapkan diri menempuhi bulan pesta ibadah.


Harga murah : RM12.00 / RM15.00

0 komentar: