PTS Islamika hari ini menerima sijil pendaftarannya untuk berdiri sebagai sebuah syarikat Sendirian Berhad di bawah kumpulan Syarikat-Syarikat PTS.
Sejak beroperasi pada bulan Jun 2006, PTS Islamika hanya merupakan sebuah imprint dibawah syarikat PTS Publications & Distributors Sdn Bhd bersama-sama dengan PTS Fortuna.
Kini selepas dua tahun dalam inkubator, PTSI mula bernafas sendiri. Tahun 2009 adalah permulaan era baru untuk PTSI.
Sasaran judul untuk tahun ini ialah 50 judul baru dalam pelbagai bidang. Beberapa siri baru dalam kategori dewasa dan remaja juga diperkenalkan.
Kejayaan PTSI ini adalah hasil kerja keras yang tidak mengenal penat dan jemu semua editor PTSI. sama ada yang masih bertugas di PTS atau yang sudah berpindah
Komunikasi yang harmoni dan kerjasama dengan lain-lain unit, jabatan dan syarikat dalam PTS juga banyak menyumbang.
Sokongan dan kepercayaan daripada penulis-penulis PTSI juga tidak kurang pentingnya dalam membangunkan PTSI selama ini.
Kepada semua yang terlibat merealisasikan impian ini, jazakumullahu khairan kathira. Semoga PTSI terus membangun bagi membekalkan bahan-bahan berunsur Islam dengan penampilan yang moden dan mudah difahami oleh sengenap lapisan masyarakat berbilang latarbelakang pendidikan dan agama. Wallahu'alam...
0 komentar:
Post a Comment