Assalamualaikum Warahmatullah. Semoga kita di limpahi rahmat dan hidayah oleh Allah. 30 Mei hingga 2 jun yang lalu PTS ISLAMIKA mengadakan jelajah promosi Buku Yakjuj Makjuj. Alhamdulillah, Buku Yakjuj & Makjuj ini terjual hampir 13,000 naskhah hanya dalam tempoh 6 minggu selepas ia diterbitkan.

Dr. Muhammad Alexander Wisnu Sasongko, pengarang buku ini telah diterbangkan khas dari Jakarta dalam program mempromosikan karya beliau bersempena dengan pesta Buku ReadMalaysia.

Selama 4 hari di Kuala Lumpur, jadual ceramah beliau amat ketat. Di mana-mana beliau tampil, audiens sentiasa penuh sesak dan banyak bertanyakan soalan. Buku ini tidak dilesen dari penerbit Indonesia. Manuskripnya dihantar terus oleh Bapak Wisnu kepada PTS,

Kini beberapa penerbit Indonesia sedang berebut mahu melesen buku ini dari PTS.

PTS ISLAMIKA mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam jelajah promosi Buku Yakjuj Makjuj terutamanya MPH Mid Valley, MPH Alamanda, Surau An-Naim Wangsa Maju dan Masjid Putra Nilai. Semoga beroleh manfaat berguna dalam siri jelajah promosi ini.

PTS ISLAMIKA dimaklumkan bahawa Bapak Muhammad Alexander sedang menulis buku ke-2 dan ke-3 beliau iaitu 5 Gelombang keluar Yakjuj Makjuj dan Alexander adalah Zulqarnain.

Penulis sedang berdiskusi di MPH Mid Valley

Penulis Bergambar bersama penonton termasuk Zamri Mohamad (penulis Prolifik) dan Aben (Pelakon Kisah Kaisara)

Penulis di Pesta Buku Read Malaysia, The Mines

Tuan Fauzul Naim (GM PTS), Dr Rumaizuddin, Penulis, Uztaz Zamri (IKIM), Tuan Faris (Islamika)

Penulis bersama pengunjung di MPH Alamanda

Penulis sedang diwawancara oleh wartawan Utusan Malaysia

Penulis bersama AJK Surau AnNaim, Wangsa Maju

0 komentar: