Friday, March 6, 2009

Program Bicara Penulis



Pada 28 Feb lalu, Perpustakaan Negara Malaysia mengadakan Program Bicara Penulis: Eksplorasi Minda penulis. Program ini diadakan sempena jualan buku murah PNM/MPH yang bertempat di pekarangan Teater Kanak-kanak Aras Bawah PNM pada jam 10pagi-12tengah hari.

Penulis PTS, Saridah Hamid adalah di antara penulis yang dijemput khas oleh pihak PNM bagi menjayakan program ini. Beliau banyak menceritakan pengalaman menulis yang dilaluinya dan cabaran penulis masa kini. Beliau juga turut digandingkan dengan penulis lain seperti En. Uthaya Sankar SB dan juga En. Lee Yow Chuan.

0 komentar: