Monday, March 9, 2009

Pesta Buku Islam Jakarta 2009

Pada 28 Februari hingga 2 Mac, delegasi PTS yang diwakili En. Arief Hakim selaku Pengarah Urusan PTS, En. Fauzul selaku Pengurus Besar PTS dan penulis PTS Islamika. Kebiasaannya, setiap tahun PTS menghantarkan wakilnya ke Pesta Buku Islam Jakarta, cuma kali ini, giliran penulis ke sana bagi mendapatkan gambaran sebenar 'persaingan sengit' penerbit-penerbit buku Islam di Indonesia sekaligus melihat sendiri inovasi yang dilakukan bagi membolehkan mereka kekal kredibel dan kompeten dengan pasaran semasa.

Persepsi awal apabila melihat pesta buku ini adalah saiznya yang tidak terlalu besar apabila dilihat dari luar. Sebaliknya, apabila memasuki ruang dewan pesta buku tersebut, jelas kelihatan betapa mewahnya rakyat Indonesia dan tetangganya menikmati lambakan judul-judul baru, cover yang 'menyengat' dan tidak kurang pula bahan-bahan ilmiah yang berharga dan bermutu tinggi. Tidak hairanlah sekiranya penulis bertemu dengan ramai kenalan penerbit baik dari Malaysia, Brunei mahupun Singapura. Apa yang penulis lihat, kunjungan penerbit Malaysia bertambah saban tahun dan jelas mereka semakin nampak potensi menjalinkan hubungan bisnes buku dengan penerbit-penerbit Indonesia. Bagi PTS Islamika, ia adalah saingan yang sihat selagi mana undang-undang dan hakcipta ditepati. Malah, ia menjadi pemacu kepada PTS Islamika bagi terus memecut kehadapan.

Selain melihat prospek buku yang boleh dibawa ke Malaysia, ada banyak projek yang berjaya diperolehi dan bakal diperolehi oleh PTS sepanjang lawatan pesta buku ini. Apa dia? Tunggu... :)


Kain rentang Pesta Buku Islam (IBF) yang menyambut ketibaan kami.


Sekitar majlis pelancaran (peluncuran) IBF. Barisan tokoh penulis mendapat anugerah semasa majlis pelancaran ini. Wajar dijadikan contoh.



Hiasan mengikut kreativiti sendiri.

Tidak ada alasan mempopularkan produk sedia ada. Mushaf al-Quran divariasi dengan pelbagai gaya dan citarasa seseorang.

1.. 2.. 3.... Serbu!!!

Ramai...
Lagi ramai...
Bagaimana hendak lalu?


Penglibatan pihak bank dan pencetak memeriahkan lagi sambutan pesta.

Perbincangan serius dengan salah satu wakil penerbit di Jakarta.

3 komentar:

Assalamualaikaum,

Bula mahu ajak saya sekali? hehhehe..

Ingat nak pergi juga tempoh hari. Tapi tiba-tiba ada program.

www.studiomuslim.com

Wa'alaikumussalam warahmatullah,

Tuan Web Sutera, Insya Allah, jika ada 'ongkos'nya. Sememangnya penulis disarankan pergi jika berkemampuan. Ia cukup membantu para penulis mendapatkan idea menulis selain menambah buku-buku rujukan terbaru.