Temui tim PTS Islamika di tapak jualan sempena sambutan majlis Maulidur Rasul anjuran Darul Fawwaz, kelolaan Puan Muzayyanah Abdullah, penulis PTS Islamika. Beliau menerbitkan tiga buah buku berjudul Kelebihan Sembahyang, Mengharap Kasih Sayang Tuhan dan terbaru Apa Itu al-Quran. Kini giat dengan pusat pendidikan miliknya dan dalam proses menyiapkan penulisan buku hadiah istimewa daripada pengantin untuk tetamu dan 501 Soal Jawab tentang Darah Wanita.

Butiran program seperti berikut:
Tarikh: 21 Mac 2009
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Surau al-Wardah, AU3 Keramat, Kuala Lumpur.

Datanglah beramai-ramai bersama keluarga anda dan dapatkan buku-buku PTSI dengan diskaun istimewa!

0 komentar: