Friday, October 31, 2008

Penulis PTS Islamika di Al-Kulliyyah TV3

Rancangan: Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman

Tarikh: 31 Oktober 2008 (Jumaat)

Tempat: Studio Al-Kuliyyah, TV3

Masa: 5.00 hingga 6.00 petang

Tetamu:

  1. Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, Penulis Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman
  2. Dato` Ustaz Md. Daud Che Ngah, Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours

Deskripsi: Tetamu akan ke udara live dalam rancangan Al-Kuliyah bersama penerbit Tuan Haji Ahmad Noor Sulaiman. Topik perbincangan adalah berkisar ibadat Haji, pengalaman penulis dan pandangan tetamu mengikut bidang masing-masing.


Testimoni Penerbit Al-Kulliyyah

"Hasrat saya untuk membawanya ke al-Kulliyyah berputik sejak sekian lama, iaitu sebaik sahaja, saya selesai membaca buku pertamanya itu (Travelog Haji). Tulisannya itu memang luar biasa. Saya dan isteri asyik kesat air mata. Benar Prof. Kamil menulisnya dengan roh dan air mata. Saya teruja membacanya. Saya fikir buku itu akan banyak membantu bakal-bakal jemaah Haji / Umrah dan bekas jemaah Haji. Alhamdulillah, pada 30 November nanti saya dan isteri akan menunaikan haji. Jadi buku itu turut kami jadikan bahan rujukan ulangan, spiritual yang sangat bernilai,"

-Tuan Haji Ahmad Noor Sulaiman

0 komentar: