Wednesday, July 30, 2008

Siri Young Aishah


Seksyen remaja PTS Islamika sedang membangunkan produk novel untuk remaja perempuan yang berusia sekitar 9-13 tahun (awal remaja). Siri ini diberi nama sementara (working title) 'Siri Young Aishah'.

Novel ini menggabungkan cerita/teks dan komik. Ia lebih dikenali dengan nama Nomik (novel = komik)

Buat masa ini, editor cik Asyuura, sedang menyiapkan konsep cerita dan watak yang merangkumi tema-tema, gambaran (illustrasi) watak-watak, pembangunan penulis dan sebagainya. Lakaran watak Aishah ini di sediakan oleh saudara Jonos, seorang illustrator yang berpengalaman luas.

Dibawah ini adalah dua jenis watak Aishah. Illustrasi dalam kotak pertama adalah cadangan awal manakala illustrasi dalam kotak kedua adalah cadangan kedua dan yang dipersetujui. Illustrasi pertama menggambarkan kanak-kanak kecil, manakala illustrasi kedua lebih sesuai untuk watak Aishah yang berusia 12 tahun.




















Bagi penulis yang berminat menyertai projek Young Aishah ini boleh email kepada cik Asyuura .

Dibawah ini di sertakan konsep ringkas siri ini:


Siri Young Aishah

SINOPSIS : mengisahkan seorang watak heroin perempuan cilik yang tembam berumur 12 tahun. Dia suka mempelajari sesuatu yang baru dan suka bertanya, selain suka mencuba sesuatu yang baru. Dia tidak suka duduk di rumah dan suka berjalan-jalan bersama keluarga dan kawan-kawan. Aisyah juga seorang yang suka berjenaka dan menghiburkan siapa sahaja yang melihat keletahnya.

Dia hidup dalam keluarga yang penyayang


KONSEP : Novel + komik

  • Short box – (pengajaran, kata-kata hikmah, maksud ayat al-Quran, maksud dari hadis).


OBJEKTIF
  1. Mengajak pembaca berfikir ke arah kebaikan dan tahu tindakan yang perlu diambil

  2. Menerapkan unsur-unsur Islam dalam kehidupan awal remaja sebagai seorang muslim yang baik.


TEMA : Kehidupan seorang muslimah cilik yang hidup di bandar dan cabaran mengamalkan dan

memahami Islam dalam kehidupan seharian.


WATAK UTAMA:

    1. Aisyah- heroin yang bijak tetapi tidak suka mengulangkaji pelajaran dan suka

    bermain.Dia suka bertanya dan tidak suka membaca.

    2. Jamil (bapa Aisyah)- seorang yang tenang dan tidak banyak bercakap.

    3. Aminah (mak Aisyah)- Tegas tetapi lembut dalam berbicara.

    4. Amira (kawan baik Aisyah)- Banyak cakap dan selalu menemani Aisyah apabila

    diperlukan

    5. Mak Cik Saloma (nenek Aisyah)- Tidak berapa sihat dan selalu sakit-sakit

    6. Azirah (kakak Aisyah)- tiga tahun lebih tua daripada Aisyah. Dia suka duduk di rumah

    dan mengulangkaji pelajaran.

    7. Ali mamak dan abu yela (kawan Aisyah yang selalu membulinya di sekolah)

3 komentar:

Sangat menarik projek ini:)

Semoga ramai penulis yang mahu melibatkan diri.

Assalamualaikum,

Bagus projek ini. Teruskan mendidik anak bangsa dengan Islam.

Salam dari
-- Web Sutera
http://pasalbuku.blogspot.com

Assalammulaikum,
Saya amat tertarik dengan projek ini. Semoga hasil projek ini dapat membimbing anak-anak Islam yang terpaksa melalui perjalanan hidup yang penuh dengan ancaman globalisasi dengan nilai-nilai murni tuntutan Islam.Malah saya juga berharap projek seperti ini dapat menarik anak-anak yang bukan Islam menghayati budaya hidup Islam yang sebenar dan akhirnya menuruti jejak yang hakiki.