PTS tidak menghormati Nabi Muhammad?
PTS dikatakan tidak menghormati nabi Muhammad kerana tidak ada selawat (s.a.w) selepas nama beliau, seperti lazim yang ditulis.
80% daripada buku-buku agama PTS disasarkan kepada pembaca yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan Islam, jahil bahasa Arab termasuk saudara baru. Buku-buku ini diusahakan agar dapat menarik minat pembaca bukan Islam untuk memahami dan mengenali ajaran Islam.
Oleh yang demikian, PTS Islamika sedaya upaya berusaha menjadikan buku-buku terbitannya mudah dibaca dan difahami oleh golongan tersebut dengan cara mengurangkan sebarang bentuk bahasa, istilah dan sebagainya yang mungkin mengganggu pembacaan. Tujuannya adalah supaya mesej yang terkadung dalam buku (ajaran Islam) dapat difahami oleh kelompok 'begginers' ini.
Bagi setiap buku terbitan PTS Islamika, ada diselitkan notis dari penerbit dimuka hadapan buku yang berbunyi:
"Muhammad bin Abdullah atau nabi Muhammad yang dimaksudkan di dalam buku ini adalah nabi dan utusan Allah. Bagi orang Islam, apabila bertemu dengan perkataan tersebut, digalakkan berselawat untuknya.
Di dalam al-Quran, bab al-Ahzab ayat 56, Allah menyatakan yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."
Al-Nasai dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad berpesan, "Sesungguhnya orang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."
Bacalah selawat, “Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala aalihi wa as-haabihi ajma’iin”. Maksudnya, “Ya Allah, kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sekalian sahabat-sahabat beliau.”
Seorang sarjana Universiti al-Azhar, Mesir, Abdul halim Mahmud, juga tidak meletakkan sebarang bentuk selawat (s.a.w) dalam bukunya yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris untuk edaran Eropah yang berjudul : "The Creek of Islam (1978)".
Cuma di muka hadapan, beliau menulis:
"The customory invocation after the name of God, the prophet and others are omitted from this English translation. Muslim may insert such invocation in their reading if it is so wished."
Wallahu'alam
Categories:
Soalan Lazim
0 komentar:
Post a Comment