PTS Islamika menerima emel daripada seorang pengirim yang berdikusi dengan Dr. Mohammad Nurhakim mengenai buku Jatuhnya sebuah Tamadun. Pengirim emel adalah seorang pengkaji dan peminat sejarah Islam. Beliau membaca buku ini lalu membuat perbandingan dengan kajiannya.

2009/1/2 Muhamad Farid Abdul Razak <tdm_86@yahoo.com>

Assalamualaikum, terima kasih atas maklum balas yang saudara berikan. Saya amat gembira dengan jawapan yang saudara berikan. Terima kasih saya ucapkan sekali lagi.

Sesungguhnya, jawapan yang saudara berikan telah membuka mata dan minda saya, bahawa masih terdapat invasi dan perluasan kuasa di wilayah selatan Perancis oleh tentera islam pada 934, dan ini sedikit sebanyak telah menambah maklumat yang saya perolehi. Maka dengan hal ini saya perlu membuat tapisan yang lebih ke atas naskah-naskah dan tulisan para sarjana dari Afro-America dan menyusun kembali maklumat yang saya perolehi berkaitan islam di wilayah Calabria.

Saudara, saya amat meminati sejarah khasnya yang berkaitan sejarah Tamadun Umat Islam dan saya juga mengambil inisiatif sendiri dengan membuat kajian dan rujukan hasil daripada bacaan saya dan kemudiannya dikongsi bersama rakan-rakan muslim yang lain. Antara sejarah Islam yang paling saya kagumi adalah pencapaian yang gemilang yang dicapai oleh umat Islam di Sepanyol. Selama pemerintahan Islam berlangsung dari 711 sehingga 1492, ia telah berjaya mengubah wilayah Sepanyol dan meletakkannya sebagai pusat ilmu terulung di zaman pertengahan, melahirkan ribuan ilmuwan dan sarjana Islam dan menghasilkan banyak buku-buku bertinta emas. Namun sayangnya, semua itu tidak kekal lama sehinggalah kota Granada berjaya direbut olen tentera Castilien di bawah pimpinan Ratu Isabel. Namun yang hairannya, kekejaman dan tindakan yang dilakukan oleh Ratu Isabel dan suaminya Ferdinand semasa inquisition berlaku dan juga 'force Baptism"pada 1501 jarang sekali diperkatakan oleh sarjana Eropah, seakan mahu menutup isu kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh tentera Sepanyol.

Hampir kebanyakan fakta yang saya baca dari sarjana Eropah amat jarang sekali mereka membincangkan isu ini, kecuali buku yang saya baca bertajuk "Spanish Inquisition" oleh Lu Ann Homza, yang secara jelas membincangkan kezaliman yang dihadapi oleh masyarakat Mudejars, akibat daripada usaha mereka yang masih mengamalkan Islam secara sembunyi. Sayangnya mereka seringkali berasa berdosa dengan konsep dosa warisan dalam christianity tetapi mereka tidak pernah pula berasa berdosa membunuh umat islam di sepanyol dan memaksa mereka "connvert kepada christianity.'

Saya berasa gembira dengan minat saya untuk mencintai sejarah Tamadun Islam. Di saat semakin ramai saudara-saudara Muslim saya semakin melupakan nya dan memandang ia sebagai sejarah tidak sebagai pengajaran yang berharga. Saya berasa amat bangga dengan pencapaian umat islam silam, namun sayangnya kebanyakan kita semakin melupakannya dan lebih gemar menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia.

Sekian.

0 komentar: