Friday, November 14, 2008

Haji Muda di MHI, TV3 (2)



CEPAT, CEKAP dan PROFESIONAL. Begitulah persepsi pertama apabila saya memasuki ruang studio MHI, TV3. Tidak banyak soal jawab sebaik sahaja Tim PTS, Tuan Ridzwan Bakar dengan ditemani isterinya sebaik sahaja tiba di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya. Apabila sampai, kami terus dibawa ke bilik menunggu, 'make-up' Tuan Ridzwan dan terus diletakkan dalam mod 'stand by.'

Sesi ini dikendalikan oleh Ahmad Fedtri Yahya selaku penyampai program Malaysia Hari Ini (MHI). Soal jawab mengambil masa 12 minit namun Fedtri mampu memberikan banyak soalan sepanjang tempoh itu. Topik persoalan lebih tertumpu kepada tip-tip bagaimana orang muda dapat menunaikan haji seawal usia mereka, persepsi orang muda pada ibadat haji dan isu-isu semasa. Banyak sms dan panggilan masuk selepas siaran itu. Antaranya maklum balas diterima adalah slot ini terlalu singkat dan mereka tidak sempat mendalami mesej yang disampaikan.

Pihak PTS Islamika merakamkan jutaan terima kasih kepada TV3 kerana memberikan peluang bagi muncul ke kaca televisyen, Jabatan Pemasaran PTS yang bertungkus-lumus mendapatkan segala ruang yang ada bagi membantu jualan buku, menyebarkan info berkenaan buku dan sekaligus menaikkan kredibiti penulis.

0 komentar: